Gambar dari Lebai Google, tak sempat nak ambil gambar basikal sendiri...
Innalillahi Wa Inna Ilahi Raajiun - Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali...
Pagi - pagi nak pergi office, bawak keluar basikal, naik, kayuh sikit, rasa lain macam. Rupa - rupanya tayar belakang dah pancit. Mintak tolong housemate bawak basikal ke kedai repair kat uni. Kena £11 (£6 Labour) suruh dia repair / £5 beli tiub sahaja. Sebab tak ada masa, suruh diaorang repairkan, lagipun bukannya retipun nak buat sendiri. Hantar pagi, dia cakap petang karang pukul 4 baru siap. Macam hantar service tukar minyak hitam kereta pulak...
update: pancit disebabkan oleh duri dan juga dawai kokot. macam mana boleh kena, hmmm...