سبحان الله والحمدلله ولااله إلاالله والله أكبر

" If we are not prepared to work hard for ourselves, then we deserve to be left behind." ~ Tun Dr. Mahathir Mohamad...

Sabda Nabi S.A.W: "Umat akhir zaman akan ditimpa penyakit “wahan” yang menyebabkan Allah cabut kehebatan Islam dalam hati. " Apa itu "wahan"?" tanya sahabat. Jawab Baginda: “Cintakan dunia dan takut mati!”...

Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat Al-Quran dan melihat lautan." - (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah". - (Riwayat Abu Daud)...

"We choose to go to the moon. We choose to go to the moon in this decade and do the other things, not because they are easy, but because they are hard, because that goal will serve to organize and measure the best of our energies and skills, because that challenge is one that we are willing to accept, one we are unwilling to postpone, and one which we intend to win, and the others, too." ~ President John F. Kennedy, September 12, 1962



16 Disember 2011

Cari Nyakit...

Tengah mengemas bilik, cari passport nak buat copy, cari dalam file, tak jumpa. Ah sudoh...

Call Imigresen Malaysia London, dia suruh datang buat permohonan baru, cari kereta sewa, semua kereta auto tak ada. Nasib baik Azrul & Dr. Rozi sanggup meminjamkan kereta mereka untuk membolehkan saya ke London. 

Tengah lekat masa jem, nampak kedai ni...

Bertolak ke London pukul 6:30 am, sampai pukul 9:30 am. Daftar kat receptionist, isi borang tambahan, tunggu untuk ditemuduga.

Sampai pulak, ingatkan masa buat passport Raisya last time datang sini...

Semasa temuduga, pegawai tersebut memeriksa semua dokumen yang patut ada. Tiba - tiba, dia cakap "Surat beranak ada?". Hok aloh, copy ic, copy passport lama, copy visa uk semua dah bagi, surat beranak nak lagi ke? Ingatkan masa sekolah rendah aje cikgu nak tiap - tiap tahun, rupa - rupanya tua - tua beginipun nak juga. Cakap ada kat Malaysia. Diapun tulis nota, surat beranak tiada.

Pegawai tersebut juga cakap dia akan tolong percepatkan process sebab memang tujuan nak bagi student balik, bukannya nak stay kat sini.

Beli nasi lemak kat kafe, bertolak balik pukul 11am, sampai Lboro pukul 1pm. Kena gi pulak next week...