سبحان الله والحمدلله ولااله إلاالله والله أكبر

" If we are not prepared to work hard for ourselves, then we deserve to be left behind." ~ Tun Dr. Mahathir Mohamad...

Sabda Nabi S.A.W: "Umat akhir zaman akan ditimpa penyakit “wahan” yang menyebabkan Allah cabut kehebatan Islam dalam hati. " Apa itu "wahan"?" tanya sahabat. Jawab Baginda: “Cintakan dunia dan takut mati!”...

Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat Al-Quran dan melihat lautan." - (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah". - (Riwayat Abu Daud)...

"We choose to go to the moon. We choose to go to the moon in this decade and do the other things, not because they are easy, but because they are hard, because that goal will serve to organize and measure the best of our energies and skills, because that challenge is one that we are willing to accept, one we are unwilling to postpone, and one which we intend to win, and the others, too." ~ President John F. Kennedy, September 12, 1962



26 November 2012

My First Trafic Offence...

Balik dari KL tempohari, 16/9/2012 - Malaysia Day, siap pasang bendera lagi kat bumbung, tak sangka kena saman pulak. Bawak 13kmj lebih aje. Huhuhu. Rosak rekod bersih...



Tempat kejadian...

Tak pasal - pasal kena bayar saman RM150. Kalau  tak bayar nak minta rayuan boleh tak?

23 November 2012

Puasa 9 & 10 Muharram...

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (HR Bukhari)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (HR Muslim)

Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (HR Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a katanya, " Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (HR Muslim)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (HR Muslim)

Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla', disunatkan berpuasa tiga hari iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram. Tetapi tidak ditegah jika berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja.

21 November 2012

Penghulu Istighfar...


(Ya Allah, Engkaulah Tuhanku tiada Tuhan melainkan Engkau yang menjadikan aku dan akulah hambaMu dan aku sentiasa dalam genggaman (kuasa)Mu dan aku terikat dengan perjanjian denganMu semampuku. Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku kembalikan kepadaMu segala nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan aku kembali kepadaMu dengan dosaku, oleh kerana itu ampunilah aku, kerana tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau).

Nabi bersabda, "Sesiapa membacanya pada siang hari dengan penuh keyakinan lalu dia mati pada hari itu sebelum datang petang hari maka dia termasuk dari ahli syurga. Dan sesiapa membacanya pada malam hari dengan penuh keyakinan, lalu dia meninggal dunia sebelum pagi hari maka dia termasuk dari ahli syurga". (Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari)

2 November 2012

Kolokium Objective Based Education Di Langkawi...

Mewakili UiTM (Terengganu) ke kolokium OBE di Langkawi Seaview Hotel. Sampai saja di airport, terus sewa kereta Wira. RM 120 untuk 2 hari. Boleh pergi ronda pulau lagenda ini...


Mesti singgah, tapi harga dah mahal. Ada satu lagi, Idaman Suri, tapi pergi hari Jumaat tutup pulak...
Geleria Perdana. Tempat hadiah Tun Mahathir dikumpulkan...
Tiket RM5 aje, kamera RM 2...
Gambar Tun dihasilkan dengan teknik menebuk lubang pada kertas dan diletakan dihadapan kertas hitam....
Pergi ke Pantai Pasir Hitam. Tengok pasir terus blah. Dekat aje dengan Galeria Perdana...
  Ada juga DuckTours kat Langkawi. Ini sebelum menaiki cable car...

Tu nak naik ke puncak sana. Tiket RM15, kena tunjuk MyKad...
Pemandangan dari puncak...
Lepas naik cable car, perkena laksa dulu, kat belakang airport...
"Dilarang masuk, harap kerjasama. Thank you". Kedai minyak gamat Nusantara tepi jalan ke airport. Siap ada demo membuat minyak gamat...
Balik Terengganu naik Firefly. Penuh dengan pak arab gatal dok mengorat stewardess...