Tengah mengemas bilik, cari passport nak buat copy, cari dalam file, tak jumpa. Ah sudoh...
Call Imigresen Malaysia London, dia suruh datang buat permohonan baru, cari kereta sewa, semua kereta auto tak ada. Nasib baik Azrul & Dr. Rozi sanggup meminjamkan kereta mereka untuk membolehkan saya ke London.
Tengah lekat masa jem, nampak kedai ni...
Bertolak ke London pukul 6:30 am, sampai pukul 9:30 am. Daftar kat receptionist, isi borang tambahan, tunggu untuk ditemuduga.
Sampai pulak, ingatkan masa buat passport Raisya last time datang sini...
Semasa temuduga, pegawai tersebut memeriksa semua dokumen yang patut ada. Tiba - tiba, dia cakap "Surat beranak ada?". Hok aloh, copy ic, copy passport lama, copy visa uk semua dah bagi, surat beranak nak lagi ke? Ingatkan masa sekolah rendah aje cikgu nak tiap - tiap tahun, rupa - rupanya tua - tua beginipun nak juga. Cakap ada kat Malaysia. Diapun tulis nota, surat beranak tiada.
Pegawai tersebut juga cakap dia akan tolong percepatkan process sebab memang tujuan nak bagi student balik, bukannya nak stay kat sini.
Beli nasi lemak kat kafe, bertolak balik pukul 11am, sampai Lboro pukul 1pm. Kena gi pulak next week...