سبحان الله والحمدلله ولااله إلاالله والله أكبر

" If we are not prepared to work hard for ourselves, then we deserve to be left behind." ~ Tun Dr. Mahathir Mohamad...

Sabda Nabi S.A.W: "Umat akhir zaman akan ditimpa penyakit “wahan” yang menyebabkan Allah cabut kehebatan Islam dalam hati. " Apa itu "wahan"?" tanya sahabat. Jawab Baginda: “Cintakan dunia dan takut mati!”...

Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat Al-Quran dan melihat lautan." - (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah". - (Riwayat Abu Daud)...

"We choose to go to the moon. We choose to go to the moon in this decade and do the other things, not because they are easy, but because they are hard, because that goal will serve to organize and measure the best of our energies and skills, because that challenge is one that we are willing to accept, one we are unwilling to postpone, and one which we intend to win, and the others, too." ~ President John F. Kennedy, September 12, 1962



29 Jun 2008

Strawberry Picking & BBQ at Beacon Hill...

Hari ni cuaca mengizinkan kami untuk pergi strawberry picking di Wymeswold dan juga mengadakan BBQ di Beacon Hill. Ladang strawberry ni ada juga buah berry - berry lain, tapi buah strawberry saja yang masak. Berry lain kena tunggu lain kali. Beacon Hill pulak adalah tempat kedua tinggi di Leicestershire. Jadi tempat tu angin agak kencang. Sampai - sampai hujan, orangpun tak ramai, tapi last- last angin tolak awan hujan ketempat lain. So rest of the day, mentari menyinar. Atie sediakan chicken wing, sosej, sate ayam dan juga udang marinate dengan sos sweet sour. Mmmmm, sedapnyeeeee.

25 Jun 2008

Computer Science Poster Competition...

Today, our department, Computer Science with Information Science had organised a poster competition for the research students at SEIC Seminar Rooms 1 & 2, First floor, Garendon Wing, Holywell Park. I am among 22 others are competing for the £200 grand prize (best poster) and £100 for runner-up. After alterations made from previous poster competition feedback, the poster looks good. High hope this time.

UPDATE

Thank you for attending the Poster Competition today.
We have had 23 professional posters displayed by the Research Students from Computer Science, Information Science and ESRI.
The panel had an extremely difficult time to choose the prize winners and everyone was very impressed with the overall high quality of the posters.

Research Students: even if you have not won a prize Well done and Congratulations .

We have announced the 2008 Poster Competition prize winners at lunch time:
M K Al-Dah (ESRI) - The winner of 'Best poster in ESRI' prize

Md Zaid Ahmad (Computer Science) - The winner of 'Best poster in CS' prize
Rachael Lindsay (Information Science) - The winner of 'Best poster in DIS' prize
Martin Sykora (Computer Science) - The winner of 'Best Pos
ter in Three Departments' prize

Best Wishes
Serpil Acar

Dengan Dr. Eran depan poster
Poster Abg Zaid - Best Poster CS
Poster JuaraDengan Abg. Zaid & Abg. Syah

23 Jun 2008

Kerepok Dah Sampai...

Hari ni stok kerepok dan Milo yang dihatar oleh Papa & Mama telah sampai. Selain itu, ada jugak kerepek minja (binja??), dodol, saggong dan juga buah keranji. Hehehe, lama betul tak makan buah keranji tu. Thank you.

22 Jun 2008

MML Ladies Outing...

Hari ni Atie and the gang telah menganjurkan satu aktiviti MML iaitu Ladies Outing. Kali ni outing di buat di rumah Abg Zaid/Kak Zurin. Diaorang belajar buat cheese cake (Ina Ariff) dan juga Lasagne (Kak Baie). Nanti boleh la buat kat rumah pulak. Kita dah kena tukar selera sejak harga beras kat sini naik. Kena kurang makan nasi, lebih makan ubi. Dah jadi macam kat Malaysia pulak. Tak apa, boleh ikut citarasa orang putih pulak.

Antara yang hadirCheese cake yang penuh dengan sprinklesLasagna Vegi & Tuna

18 Jun 2008

Atie's Trip To Bradgate Park, Leicestershire...

Hari ni, setelah exam IELTS dah habis, cikgu kami, Ms. Nola Dennis telah menganjurkan satu field trip ke Bradgate Park, Leicestershire. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 20 minit dari University. Letih jugak berjalan satu hari, tapi hilang selepas melihat gelagat itik berenang renang di tasik dan juga rusa yang banyak itu. Cuaca pulak hujan hari ni selepas 4 hari cuaca panas elok. Inila British weather, unpredictable.

Posing depan tasik dekat Cafe.Rumah Lady Mary Jane
Itik yang mesraaaaaa.Rusa sedang makan. Duduk jauh aje. Tak mesraaaa macam itik itu.

15 Jun 2008

Badminton MML...

Hari ni ketua rumah sukan ajak jadi wakil TT main badminton. Jadi bidan terjun. Dah lama tak main badminton ni. Last skali masa masih kiraan mata sampai 15 aje. Tup - tup, dah kiraan sampai 21. Kena belajar balik macam mana nak kira mata. Hehehe. Tapi jadi bidan terjunpun, menang, tapi kalah keseluruhan 4-3. Habis lenguh-lenguh tangan. Itula, coach suruh warm up, duduk lepak saje, terus main. Nasib baik atie ada, bolehla jugak tolong urut.

Keputusan perlawanan:

1) Roshidi + Shah vs Harris + Muzani ( dimenangi oleh Bubu, mata 21-15, 21-13)

2) Din + Taufik vs Awie + Hendrik ( Rubber set, dimenangi oleh TT, mata 12-21, 21-15, 13-21)

3) Murad + Zahrul vs Najib + Shahrul ( dimenangi oleh Bubu, mata 21-14, 21-11)

4) Amir + Arif vs Faiz + Akramshah ( dimenangi oleh TT, mata 21-23,18-21)


Keputusan Bergu wanita

1) Amna + Munirah vs Baei + Niza (dimenangi oleh TT, mata 13-21, 14-21)

2) Siti + Shida vs Farah + Melis (dimenangi oleh Bubu, mata 21-3, 21-7)

3) Eton + Hidayah vs 'N' + Nabihah ( dimenangi oleh Bubu, mata 23-21, 21-18)

14 Jun 2008

Atie IELTS Exam...

Hari ni atie ambil IELTS untuk kali kedua. University dah daftar nama dekat Warwickshire College, Rugby. Sebab kena jaga exam pagi tu, atie kena naik bas yang disewa oleh pihak University. Pukul 7.20 pagi dah kena berkumpul dekat dengan parking lot swimming pool. Habis satu kelas pergi sekali. Good luck, all the best....

Warwickshire College, Rugby

Bergambar dengan classmate - Fang Yuan

10 Jun 2008

Invigilating Duties...

Hari ni is my first time kena jadi exam invigilator. Kena jaga budak - budak engineering selama 2 jam. Cuak jugak first time, serba benda baru. Dulu jadi budak yang ambik periksa, sekarang jaga pulak. Tapi semua ok, yang lebih senior sanggup membantu memudahkan urusan.

9 Jun 2008

Atie's Appointment with Midwife...

Lama dah tak update blog ni. Sibuk dengan kerja dan urusan urusan lain. Hari ni Atie ada appointment dengan midwife. Tak ada apa, cuma check blood pressure dengan sugar level. Blood pressure 110/60. Midwife cakap ok aje, cuma kena makan pil iron sebab blood count rendah sikit. Semalam pergi ke Carboot Quorn. Cari buku berkaitan baby. Samping tu sempat juga cari kasut golf jenama Adidas (£2 saja) dan iron 5 & 8 jenama Ping (pun £2 each). Atie sempat cari cardigan 4 helai. Baru lagi tapi dijual hanya 50p saja. Kat Malaysia mana nak cari macam ni?