Hari ni, setelah exam IELTS dah habis, cikgu kami, Ms. Nola Dennis telah menganjurkan satu field trip ke Bradgate Park, Leicestershire. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 20 minit dari University. Letih jugak berjalan satu hari, tapi hilang selepas melihat gelagat itik berenang renang di tasik dan juga rusa yang banyak itu. Cuaca pulak hujan hari ni selepas 4 hari cuaca panas elok. Inila British weather, unpredictable.