سبحان الله والحمدلله ولااله إلاالله والله أكبر

" If we are not prepared to work hard for ourselves, then we deserve to be left behind." ~ Tun Dr. Mahathir Mohamad...

Sabda Nabi S.A.W: "Umat akhir zaman akan ditimpa penyakit “wahan” yang menyebabkan Allah cabut kehebatan Islam dalam hati. " Apa itu "wahan"?" tanya sahabat. Jawab Baginda: “Cintakan dunia dan takut mati!”...

Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat Al-Quran dan melihat lautan." - (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah". - (Riwayat Abu Daud)...

"We choose to go to the moon. We choose to go to the moon in this decade and do the other things, not because they are easy, but because they are hard, because that goal will serve to organize and measure the best of our energies and skills, because that challenge is one that we are willing to accept, one we are unwilling to postpone, and one which we intend to win, and the others, too." ~ President John F. Kennedy, September 12, 1962



26 Oktober 2011

Kuasa Pengguna Yang Tidak Kita Gunakan...

Tahniah kepada pasukan Terengganu & Negeri Sembilan kerana berjaya melangkah ke final Piala Malaysia sabtu ini. 

Langkah FAM mengenakan harga tiket standard sebanyak RM 50 membuatkan ramai peminat mengeluh. Tak cukup lagi ke duit tajaan Astro? Dahlah main kat Stadium Shah Alam (katanya keadaan padang teruk), peminat dari Terengganu kena tempah kenderaan ke sana (pengusaha bas pulak naik tambang), tempat menginap, makan minum, beli jersi lagi. Sia - sia menteri sukan dari Terengganu, balik - balik suruh kaji. Nak kaji apa lagi, perlawanan hari sabtu ni dah.

Namun kerajaan Terengganu yang baik hati telah memberi subsidi 50% ketas 30,000 keping tiket yang diperuntukkan kepada peminat Terengganu (sumber: Utusan). RM 750,000 bukannya sedikit. Banyak tu digunakan untuk menonton satu perlawanan bola sepak yang berlangsung selama 90 minit + 30 minit kalau extra time + lagi kalau penalti. Maka ramailah beratur untuk membeli tiket yang dihadkan sebanyak 10 keping seorang. Memang aktiviti riadah digalakkan, namun jika lalai (tidak sembahyang, bebas bergaul lelaki perempuan, berkelakuan tidak senonoh, membuang masa melepak - tunggu kick off), lain pula hukumnya.

Kalau kita sebagai pengguna yang bijak, tunggu dulu. Jangan beli lagi. Mesti gelabah FAM tengok tiket tidak terjual. Tapi kita jenis tak sabar dan tak pandai guna kuasa pengguna. Mungkin kerana pasukan Terengganu masuk akhir, ini baru first time nak ke stadium. Apa klass SSINS. Stadium Gong Badak tu pulak tak repair - repair lagi.  Kalau nak pergi juga ke Shah Alam, tunggu kat luar stadium, tunjuk yang kita tetap menyokong pasukan kita. Kat facebook, twitter, blog, poster dan kain tentang ramai yang mengeluh, namun tetap beratur pergi beli tiket. Nak boikot lama mana? Melaysia mudah lupa. Sembang lebih, tapi takut nak bertindak. Dulu nak boikot barangan Israel tetap makan kat McD, minum koka-kola, apa cer?
  • Berapa liter subsidi minyak RON 95 / RON 97 dapat ditambah? Kata harga minyak dunia dah turun.
  • Berapa ramai ustaz - ustaz yang boleh dipanggil memberi kuliah agama / kelas tajwid / tafsir al-quran?
  • Berapa banyak masjid / surau yang boleh dibaiki atap yang bocor / pasang air-cond? 
  • Berapa ramai jemaah haji yang tidak mampu pergi ke Mekah dapat ditaja?
  • Berapa banyak jalan raya yang dapat dibaiki / diperluas?
  • Berapa ramai anak - anak yatim dan ibu tunggal dapat ditanggung perbelanjaan mereka?
  • Berapa banyak pusat tahfiz Quran dapat ditanggung yang melahirkan hafiz (penjaga) Quran?
  • Berapa banyak rumah rakyat miskin dapat dibaiki?
  • Berapa banyak bot / enjin sangkut / tong ikan / sistem sonar yang dapat dibeli oleh nelayan?
  • Berapa banyak baja / benih yang petani dapat untuk tanam pokok roselle?
  • Berapa banyak ayam / lembu / kambing dapat diternak supaya harga daging turun?
  • Berapa ekor burung walit dapat dibela?
  • Berapa ramai usahawan muda dapat modal untuk berniaga?
  • Berapa banyak peluang pekerjaan baru dapat diwujudkan? Dapat kurangkan jumlah mat - mat rempit merempit di Durian Burung.
  • Berapa banyak tiang lampu dengan kuasa solar dapat dipasang dikawasan gelap?
  • Berapa banyak pokok balak / landskap kat Kuala Terengganu dapat ditanam? 
  • Berapa banyak kereta polis / bomba / ambulan / kereta jenazah yang dapat dibeli untuk keselamatan rakyat?
  • Berapa panjang fiber optik yang dapat dipasang supaya kelajuan internet bertambah?
  • Berapa banyak wi-fi hotspot percuma dapat dipasang?
  • Berapa banyak perisian (software) baru yang dapat dibangunkan untuk mengurangkan monopoli Microsoft / syarikat perisian lain? 
  • Berapa banyak tablet pc dapat dicipta supaya rakyat mampu milik?
  • Berapa banyak penyelidikan baru dapat dijana di UMT / UDM / UNISZA / Kolej Yayasan?
  • Berapa naskah buku ilmiah yang dapat Perpustakaan negeri beli untuk rakyat Terengganu?
  • Berapa ramai yang dapat pinjam (tanpa faedah) untuk bayar balik kos pentadbiran PTPTN?
  • Berapa ramai pelajar cemerlang yang dapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang?
Yang dah dalam budjet negeri tu tak kisahlah. Memang cadangan diatas tidak mungkin dilaksanakan dengan peruntukkan RM 750,000, namun dapat la juga rakyat merasa pengurangan beban dalam keadaan ekonomi sekarang dan rasanya lebih dari 30,000 rakyat dapat manafaat. Saudara kita di Somalia mati tak makan, kita mati terlebih makan. Saudara kita di Palestin mati berjuang di medan perang, kita tak mati lagi berjuang di padang bola.

Sebagai pemimpin yang adil, diharap MB dapat  "mengkaji" balik jumlah subsidi tersebut. Di zaman khalifah Umar R.A., beliau sendiri mengusung gandum, menguli tepung sehingga putih janggut beliau memasak roti untuk sebuah keluarga yang kelaparan. Apabila Aslam hendak menolong, beliau menjawab, "Adakah kau akan menolong menangung dosa aku diakhirat kelak?". Wallahualam...

Update: Penyokong NS vs Penyokong Terengganu