

Wohooo... Setelah sekian lama akhirnya Terengganu berjaya membawa pulang piala FA setelah menundukan Kelantan 2 - 1. Tengok perlawanan melalui streaming RTM 1. Lama dah tak dengar Dato' Hasubullah Awang mengulas. Mutu bolasepak dah meningkat, mutu ulasan kena tingkatkan lagi...
Piala FA jadi milik Terengganu 11/06/2011 11:49pm
KUALA LUMPUR - Terengganu menjulang Piala FA buat kali kedua apabila menewaskan Kelantan 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, sebentar tadi.
Pemain gantian, Ahmad Nordin Alias muncul wira Terengganu apabila menjaringkan gol kemenangannya pada minit ke-109 masa tambahan.
Terdahulu perlawanan itu terikat 1-1 selepas 90 minit permainan masa sebenar dengan Kelantan membuka tirai gol menerusi Nurul Azwan Roya pada minit ke-79 sebelum diikat skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim dengan jaringan sendiri Daudsu Jamaludin. - Utusan