Dah berbagai acara sukan yang dianjurkan oleh MML untuk bulan sukan MML kali ini. Hari ini baru berpeluang untuk menonton perlawanan bola sepak 8 - sebelah diantara pasukan Merah vs. Biru. Disebabkan dah lama tak bersukan dan tidak mahu menangung risiko mengalami kecederaan, maka jadi penonton sajalah kali ini.

Kesudahan perlawanan berakhir dengan seri 4-4 dan ditentukan dengan sepakan penalti menyebelahi pasukan Merah dengan 3-2.