Sampai masanya untuk operasi pembersihan laman belakang rumah yang sudah mula tidak terurus. Operasi selama 2 jam telah dilakukan sempena dengan Easter Break dan keesokan harinya Royal Wedding.
Mula - mulanya memang tidak berniat langsung untuk membersihkan kawasan itu, tapi selepas ditegur jiran (you know who you are) yang menghidap hayfever (tak tahan dengan debunga), maka demi menjaga hati jiran, mahu tak mahu buat juga.
Rasulullah S.A.W bersabda “Empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu mengkahwini perempuan (isteri) yang solehah (Alhamdulillah), rumah yang bagus (luas) (luas jugak la), jiran yang baik (insyaAllah), dan kenderaan yang bagus (setakat ini - Alhamdulillah).” (Hadis Riwayat Ibnu Hibban).
Sebelum...
Selepas...
Yang kecil - kecil ini biar ditiup angin - jadi baja...