Cantik tarikh Hari Raya tahun ni, 20092009. Jatuh pula hari Ahad, cuti hujung minggu. Kalau biasa pagi - pagi ke carboot, hari ni pergi ke Victory Hall, Loughborough University, dimana sembahyang sunat aidilfitri diadakan. Selepas bertakbir dan menunaikan solat, kami dijemput menghadiri rumah terbuka ahli masyarakat melayu di sini. Ada 4 buah rumah yang menganjurkan open house pada hari raya pertama. Next week, insyaallah ada lagi. Macam - macam juadah disediakan. Puteri seronok bergaya dengan baju kurung kiriman To'Mi.
Kami sekeluarga ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" kepada sanak saudara dan juga rakan - rakan di Malaysia. Maaf zahir & batin....