16 Mei 2008
Barang Dari Malaysia...
Hari ni stok Milo untuk Atie sampai ke rumah. Atie tak boleh minum Milo sini. Made in Kenya. Dia kata rasa lain. Thank you mama & papa kerana susah2 poskan jugak Milo tu. Sambil tu letak jugak daun2 dari Malaysia. Daun kesum, bunga kantan, serai, daun pandan, kunyit & lengkuas. Semua dah layu sebab lama sangat nak sampai. Kena bersihkan balik dan simpan dalam freezer nak bagi tahan lama.