28 Mei 2008
Baby Dating Scan...
Hari ni pergi ke QMC, Nottingham untuk Atie ultrasound scan. Alhamdullilah, midwife kata semua ok. Dah 14 minggu pregnant. Tak ada perkataan yang dapat dikatakan bila ultrasound tunjuk jantung baby berdegup kencang. Habis scan, pergi ke Fosse Park Shopping Centre. Saja kenal tempat. Tak beli apa pun. X ada sale. Hari pulak mendung dan hujan saja satu hari. Great British weather.
27 Mei 2008
Invigilator Duties...
Dalam kesibukan undergrads nak ambil exam starting from 2/6 till 20/6 ni, Shah telah diamanahkan untuk menjadi invigilator (tukang jaga periksa). Sebab ini first time, slot yang telah diperuntukkan hanyalah 3 sesi sahaja, pada 10/6, 13/6 dan 14/6. Untuk department pulak hanya dapat satu slot pada 3/6 ni. Setiap sesi memakan masa 2 jam (dari pukul 9am hingga 11 am sesi pagi dan 1pm hingga 3pm sesi petang). Last minute ada orang cancel, officer tu call tanya boleh ganti tak. Apalagi sahutla cabaran dia. Dari 3 slot dapat 6 slot (tambahan pada 11/6, 12/6 dan 20/6). Satu jam diaorang bayar £6.64. Tapi kena tolak NI dengan income tax (sikit aje dalam 10% kot). Rezeki anak....
26 Mei 2008
Potong Rambut Atie...
Hari ni bank holiday. Semua kedai tutup dan cuaca pulak sejuk dan hujan saja. Rambut atie dah panjang dan mula rasa rimas. So first time in my life, jadi hairdresser. Hahaha, not bad for my first try. Potong pendek habis. Kalau tengok mesti kata potong dekat Vidal Sassoon.
Kejohanan Bolasepak MML 2008...
Semalam dalam cuaca sejuk, pertandingan bola sepak 9 sebelah telah diadakan di Rubbercrumb pitch, Loughborough University dari pukul 6pm hingga 8pm. Keputusan perlawanan:
BuBu FC vs TT Ginseng FC - 2-1
TT Ginseng FC vs BradTon FC - 2 -1
BradTon FC vs BuBu FC - 2 -1
Oleh kerana semua pasukan berkongsi mata, maka perlawanan timbal balik akan diadakan semula pada 1/6/2008 di EHB Astro Turf.
BuBu FC vs TT Ginseng FC - 2-1
TT Ginseng FC vs BradTon FC - 2 -1
BradTon FC vs BuBu FC - 2 -1
Oleh kerana semua pasukan berkongsi mata, maka perlawanan timbal balik akan diadakan semula pada 1/6/2008 di EHB Astro Turf.
22 Mei 2008
Second Job...
Today is my first day for my second cleaner job, at Woodbrook Vale High School. This one is in the morning session, before school starts. After a brief interview yesterday afternoon, I received the phone call confirming the position. The job is not bad. I have to take care 3 classrooms, 1 small office and 1 hallway. Easy -peasy-lemon-squeezy. And also "Glory glory Man United!!!".
Research Student Poster Competition...
Hari ni masuk pertandingan poster peringkat pelajar research. Design sekejap saja lepas discuss dengan Dr. Eran. Print saja kena £ 4.50. Ini ambil yang murah sebab dah tau tak menang. Penyertaan lebih mustahak dari hadiah (Ayat orang kalah....). Tapi tak apa dapat pengalaman baru buat poster research. Atie pun lepas kelas terus datang bagi sokongan moral. Ramai jugak yang masuk pertandingan ni. Abg Syazli, Abg Syah dan Abg Rosdi pun masuk mewakili Malaysia. Hanya abg rosdi saja yang menang dan dapat pergi ke peringkat seterusnya. Yang lain balik bungkus. Cuba lagi tahun depan. Bulan Jun ni peringkat department pulak. Mencuba nasib lagi di peringkat department pulak.
18 Mei 2008
Persiapan Baby...
Menantikan kehadiran orang baru, bayak preparation telah dibuat. Baby's stroller dan car seat dah di beli dari eBay- £11.50. Baju pun beli jugak. 10p each beli di Carboot. Cukup la untuk sementara. Pakaipun sekejap saja, nanti dah tak muat. Banyak lagi ni kena beli, katil, tilam, nappies dll.
16 Mei 2008
Barang Dari Malaysia...
Hari ni stok Milo untuk Atie sampai ke rumah. Atie tak boleh minum Milo sini. Made in Kenya. Dia kata rasa lain. Thank you mama & papa kerana susah2 poskan jugak Milo tu. Sambil tu letak jugak daun2 dari Malaysia. Daun kesum, bunga kantan, serai, daun pandan, kunyit & lengkuas. Semua dah layu sebab lama sangat nak sampai. Kena bersihkan balik dan simpan dalam freezer nak bagi tahan lama.
5 Mei 2008
Bank Holiday - BBQ...
Hari ni bank holiday, so kami telah adakan bbq kecil - kecilan. Bakar satay sama dengan daging bakar. Beli udang yang dah marinate dekat ASDA, Thurmaston sikit untuk tambah lauk. Best jugak. Hari pulak panas elok aje. Atie yang tengah peningpun bangun bila bau satay. At least makan la jugak sikit. Yang lain tu semua Shah yang settlekan. Hehehe....
Tour of Leicester...
Sejak ada sat nav ni, ashik nak melaram aje. Sat nav jenama LG N10T beli kat Halfords £80. Pagi tu sebelum pergi Leicester, kami pergi ke carboot Quorn. Atie jumpa kasut nak pergi kelas. Jenama Diadora. Baru lagi, dia jual £3 aje. Terus ambilla. Pergila tengok ASDA, Thurmaston Shooping Centre, Leicester Market. Letih pusing, singgah kat Nando's makan tengah hari. First time makan kat Nando's. Rasa macam orang darat aje. Tak tau sistem nak order. Hehehe, buat malu aje. Kita orang order 1/2 chicken dgn spicy rice dan coleslaw. I yg lantak ayam tu sorang-sorang. Atie cubit sikit aje, tapi nasi habis dia pulun.