Mentari baru muncul sejak weekend ni. Hari sabtu Hafis dgn Abg Eddy ajak ke rumah mereka dan mengadakan BBQ. Best jugak ramai2 datang dan tolong makan. Pagi tu kami pergi ke rumah Abg Syazli & Kak Ida yang meraikan Hj. Wak Kamsen sekeluarga yang akan berangkat pulang le Malaysia. Terima kasih kerana menjamu kami dgn nasi kerabu yang sedap itu. Hari Ahad pula kami ke Carboot Quorn dan petang itu Atie bersama dgn Helwa MML telah mengadakan majlis bacaan Yassin dan talk tentang pre & post natal. Bermanafaat juga untuk Atie untuk mengetahui apa yang akan berlaku dari pengalaman orang lain.