سبحان الله والحمدلله ولااله إلاالله والله أكبر

" If we are not prepared to work hard for ourselves, then we deserve to be left behind." ~ Tun Dr. Mahathir Mohamad...

Sabda Nabi S.A.W: "Umat akhir zaman akan ditimpa penyakit “wahan” yang menyebabkan Allah cabut kehebatan Islam dalam hati. " Apa itu "wahan"?" tanya sahabat. Jawab Baginda: “Cintakan dunia dan takut mati!”...

Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat Al-Quran dan melihat lautan." - (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah". - (Riwayat Abu Daud)...

"We choose to go to the moon. We choose to go to the moon in this decade and do the other things, not because they are easy, but because they are hard, because that goal will serve to organize and measure the best of our energies and skills, because that challenge is one that we are willing to accept, one we are unwilling to postpone, and one which we intend to win, and the others, too." ~ President John F. Kennedy, September 12, 1962



30 Oktober 2012

Pusat Penerangan Penyu, Rantau Abang...

On the way balik, lalu ikut pantai, sampai kat Rantau Abang, singgah jap kat Pusat Penerangan Penyu. Tengok info pasal aktiviti penyu di Terengganu, kesan kepupusan penyu seluruh dunia. Ada display pasal telur penyu, lama mana menetas dan lain - lain. Tiba - tiba terliur pulak nak makan telur penyu kat kedai makan Mat Binjai. Tak ada kesedaran sivik langsung....

 Si Keram dengan penyu - penyunya. Biarkan, biarkan...
"Ntah apa - apa ntah babah aku ni" kata Raisya sambil terus menyelam....
 Gini rupanya anak penyu kalau nak tau. Bukan yang budak dua orang tu (tu anak bapak) dan juga bukan yang pakai baju kemeja, tapi dalam kolam la...
Ni thoh rupe nya anak penyu...

28 Oktober 2012

New MD of Kedai Kain Gulatis...


 

Hari Ahad selepas selesai aktiviti korban, pergi round kat Kedai Kain Gulatis, Atie cari kain nak buat baju kerja. Raisya tidur, Bahirah sibuk round cari kain jugak...

26 Oktober 2012

Selamat Hari Raya AidilAdha...

Selamat Hari Raya AidilAdha dari kami sekeluarga...

Nabi bersabda, “Sesiapa yang mempunyai kemampuan rezeki untuk menyembelih haiwan korban, tetapi dia tidak mahu lakukan sembelihan korban, maka jangan sekali-kali dia mendekati tempat solat kami”. (Hadis Riwayat Ahmad, Ibn Majah, Darqutni, Hakim)

 Find Tuan Tanah...
 AJK Memanggang ayam (Tuan Tanah dgn Muhammad)
 Sorry kualiti gambar kurang jelas, diambil dengan Samsung Galaxy Note with low light...

25 Oktober 2012

Puasa Sunat Wukuf 9 Zulhijjah...

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah),  maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Dikaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang". (Sahih Muslim)


Sekadar mengingati...
Surah Adh-Dhariyat Ayat 55: Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.

20 Oktober 2012

TIBEC III Conference 2012, Primula Beach Resort...

Attended a 3 day conference at Primula Beach Resort. One paper jointly written with Atie - "An investigation of consumer buying behaviour towards greener products and its commercial implications" had been accepted and presented... 

TIBEC III Logo
Registration 18/10/2012
First keynote speaker in session
Presenting
Answering questions from the audience
Listening to other presenters
Third day of the conference
Closing ceremony

Smart jugok aku ni...

19 Oktober 2012

Johan Bowling Padang Sukan Pegawai Tadbir...

Atie mewakili pegawai tadbir wanita Terengganu berjaya merangkul johan acara bowling padang. Kejohanan turut disertai pegawai tadbir dari Kelantan, Johor & Kedah. Tahniah... 


17 Oktober 2012

Larangan memotong rambut dan kuku pada yang berhasrat untuk berkorban...

Dari blog Tazkirah...

Nabi bersabda, “Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang dari kamu hendak berkorban, maka hendaklah dia menahan dirinya dari memotong rambut dan kukunya”. (HR Muslim)

Nabi bersabda, “Sesiapa yang memiliki sembelihan untuk disembelih, maka apabila masuk bulan Zulhijjah, maka janganlah sekali-kali dia memotong rambutnya dan kukunya sehingga dia berkorban”. (HR Muslim)

Menurut Imam Nawawi rahimahullah: “Maksudnya (dari larangan tersebut) ialah: Dilarang memotong kuku dengan gunting dan sebagainya. Dilarang menggunting (memotong) rambut sama ada membotakkan (mencukur), memendekkannya, mencabutnya, membakarnya atau selainnya. Termasuk dalam hal ini (dilarang) memotong bulu ketiak, misai, bulu kemaluan dan bulu yang ada di seluruh badan”. (Syarah Muslim 13/138)

Majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.

Sesiapa yang tidak megerjakan haji tapi berhasrat untuk melakukan ibadah korban, disunnahkan agar tidak menggunting rambut dan memotong kukunya setelah masuk 1 Zulhijjah hingga ke hari dia berkorban. 
  
Sabda Nabi s.a.w, "Tidak ada hari yang lebih baik di sisi Allah untuk lakukan amalan kebaikan selain sepuluh hari terawal dalam bulan Zulhijjah". Para sahabat bertanya, adakah jihad fisabilillah tidak boleh menandingi amalan yang dilakukan pada sepuluh hari tersebut ?” Nabi bersabda, "Jihad pun tidak boleh menandingi melainkan dia keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak pulang dengan keduanya”. (Hr Bukhari)

Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Tiada daripada hari-hari yang begitu lebih di sisi Allah dan tiada amalan padanya lebih disukai Allah daripada hari-hari sepuluh ini (1 - 10 Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah tahlil, takbir maka sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil, bertakbir dan berzikir kepada Allah. Dan puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700 kali ganda. (HR Al-Baihaqi)

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah) ? maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Sahih Muslim)

Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (Sahih Muslim)

Hari ini dah 1 Zulhijjah...

16 Oktober 2012

Mula - Mula Suruh Mintok, Lepas Mintok Tak Mboh Wiie...

Adalah satu geran penyelidikan tu, sebab nak kejar dateline, mintak pensyarah muda minta dana untuk buat research. Siap email lagi takdok orang mintak dana berjumlah RM 13 juta kepada UiTM sahaja untuk buat fundamental research. Beri masa 2 hari saja untuk siapkan proposal. Lepas kalut buat proposal, hantar hari Jumaat, last - last dapat reply dari AJK kata research not recommended. Computer science tu applied science, so jika tajuk kita propose tu applied + fundamental research tu nak buat macam mana? Apa kes bro? Kata fundamental research, kalau kita buat teory of relativity macam Einstein tu dah tak fundamental dah, tu peringkat Nobel Prize. 

Mari kita buat sedikit math:

RM 13 Juta - Total
RM 80,000 - Max boleh minta
163 - Jumlah research boleh buat, tu kalau semua minta RM 80,000 

Saya tak faham, KPT bagi duit suruh urus aje, bukan duit dia pun. Kita minta RM 33,000 aje...

Bak lirik dari lagu Ayun Buai Kokek:

Ayong buai kokek, kokek ulu golok
hok dia lokek, hok orang dia nok


Ahli falsafah Fred Durst pernah berkata:

Some day you'll see things my way
Cause you never know
Where, you never know
Where you're gonna go

12 Oktober 2012

Pantai Batu Buruk...

Hari Jumaat ni kena pergi ke Dungun untuk siapkan kertas soalan. Atie, Raisya & Bahirah pergi ke pantai Batu Buruk untuk menikmati angin monsoon...



11 Oktober 2012

Shukriyati Saad, PJK...

Hari ini pergi ke Istana Maziah, Kuala Terengganu sempena majlis pengurniaan bintang PJK dari DYMM Sultan Terengganu. First time masuk, macam orang darat. Tengok kiri, tengok kanan. 

Seramai 185 orang menerima PJC, PJK dan PLB.

Selesai majis, sesi mengambil gambar pula berlangsung. Nantila pergi Kedai Gambar Tokyo tengok gambar yang diambil.

Selesai makan tengahari di Istana, pergi kedai Hung pula. Atie nak tempah seluar untuk kontigen sukan pegawai tadbir negeri.

Well done Atie, jasa berkhidmat kepada kerajaan Terengganu dihargai oleh DYMM Tuanku. Kita kat UiTM ni bila nak terima pingat. So from now on, call Atie with her proper title, Puan Shukriyati Saad, PJK...


 Dengan Tg. Anis - Classmate Atie
 
 
Bahagian menyepear...

6 Oktober 2012

Khursus Keselamatan Pekerja MBKT di Awana Kijal...

Selama 3 hari, dari 4 - 6 Oktober, Atie menghadiri khursus keselamatan pekerja di Awana Kijal. Atie berkhursus, kami anak beranak lepak kat hotel, mandi kolam. 

Kebetulan hari Khamis malam bila sampai, DYMM Sultan Terengganu juga sampai untuk majlis perasmian Masjid pada hari Jummat. So ramai la polis pengiring, ambulans dan juga pegawai tertinggi Terengganu di Awana tu.

Raisya nak main slide, Bahirah tak kisah, janji main air...