Bengkel anjuran UHEK (Unit Exam) selama 2 hari di Dewan Aspirasi...
23 Julai 2012
20 Julai 2012
Irfan Hakim Muhammad Fahmi...
"Semoga
Allah memberkati engkau dengan kelahiran anak ini dan engkau pula
mensyukuri pemberiNya, semoga dia dipelihara hingga dewasa dan engkau
mendapat layanan yang baik daripada anak ini..." Tahniah Abg Mi & Kak Aini...
15 Julai 2012
10 Julai 2012
If You Think The London Riot Was Bad, You Should See This...
On the night of 9/7/2012 our house was broken into. The theif only stole my Nikon D3000 DSLR. Huhuhu...
Bersama dengan camera itu ada juga lens Tamron AF 70-300mm F/4-5.6 Di LD Macro 1:2
Siapa ada nampak / ada orang jual pada harga murah - murah, tolong laporkan kepada balai polis berhampiran...
Semua ini didalam beg Lowepro Nova 160 AW (Black)
Habis barang dalam laci diselongkar...
Kesan kat pintu...
Dia masuk ikut tingkap ni, siap potong grill lagi...
Bekas grill yang dipotong...
Pintu yang dikopak...
Kereta pegawai penyiasat (Sarjan NorAzmi) PDRM...
Kesan finger dusting, tiada cap jari sebab pakai glove...
Cap jari saya, polis tunjuk kalau ada kesan cap jari...
Pasang kayu sementara tunggu grill baru siap...
"Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan, potonglah tangan keduanya sebagai satu balasan ke atas apa yang mereka mengusahakan, dan hukuman contoh daripada Allah; Allah Perkasa, Bijaksana." (Al-Maeda Ayat 38)
5 Julai 2012
Program Keceriaan Staf UiTMT...
Program keceriaan staf bermula dengan menyembelih seekor lembu. Sampai lewat sikit, dah selesai disembelih. Kemudian acara menyiang daging dan sebahagian pergi ke padang untuk aktiviti latihan tempur tanpa senjata. Ingatkan pisau disediakan, rupa - rupanya tidak. Keluar jap ke kedai runcit, beli pisau paling murah (RM 4) dan tolong yang lain.
Ada tazkirah penghayatan ramadan di Pusat Hidayah dan diikuti dengan jamuan gulai kawah...
Ada juga jualan lelong barangan pensyarah terpakai untuk menambah dana kelab akademik.
Apada cameraman ni, ambil gambar telinga orang pulak...
Malam Nisfu Sya'ban...
Hadis daripada Ummul Mukminin Sayidatina ‘Aisyah R.A telah berkata : "Aku telah kehilangan nabi S.A.W pada suatu malam, maka aku telah keluar untuk mendapatinya maka baginda berada (sedang berdiri di kawasan perkuburan) Baqi’ sambil mendongakkan kepalanya ke langit. Lalu baginda berkata :
Wahai ‘Aisyah, adakah kamu takut Allah dan Rasulnya melakukan kezaliman
ke atas kamu? Berkata ‘Aisyah : Bukan demikian sangkaanku tetapi aku
menjangkakan kamu telah pergi kepada sebahagian daripada isteri-isteri
kamu (atas perkara-perkara yang mustahak lalu aku ingin mendapat kepastian). Lalu baginda bersabda : Sesungguhnya Allah Ta’ala telah turunkan (malaikatNya dengan perintahNya) pada malam nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah mengampunkan dosa-doa (yang dilakukan oleh hambaNya) lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu yang terdapat pada kambing-kambing peliharaan (bani) Kalb." Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad...
Jumlah jemaah begitu ramai ke masjid pada malam tadi, dah macam nak tarawikh. Ramai yang membawa air untuk mengambil berkat bacaan Yassin sebanyak 3 kali itu. Harus diingat, air itu juga makhluk Allah, ikhtiar dengan air bacaan itu, namun Allah jua yang mengabulkan segala permintaan kita. Wallahualam...