سبحان الله والحمدلله ولااله إلاالله والله أكبر

" If we are not prepared to work hard for ourselves, then we deserve to be left behind." ~ Tun Dr. Mahathir Mohamad...

Sabda Nabi S.A.W: "Umat akhir zaman akan ditimpa penyakit “wahan” yang menyebabkan Allah cabut kehebatan Islam dalam hati. " Apa itu "wahan"?" tanya sahabat. Jawab Baginda: “Cintakan dunia dan takut mati!”...

Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat Al-Quran dan melihat lautan." - (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah". - (Riwayat Abu Daud)...

"We choose to go to the moon. We choose to go to the moon in this decade and do the other things, not because they are easy, but because they are hard, because that goal will serve to organize and measure the best of our energies and skills, because that challenge is one that we are willing to accept, one we are unwilling to postpone, and one which we intend to win, and the others, too." ~ President John F. Kennedy, September 12, 1962



29 Mei 2012

Pok Mang The Legend...

Semalam pergi kuliah Ustaz Azhar kat masjid lama sura. Sebab datang lewat, dalam masjid dah penuh. Ronda - ronda kat luar masjid ternampak Pok Mang. Apa lagi, terus mintak nak ambil gambar.

Pakai baju nak gi cari makanan sebenarnya.Konon nak tunggu dalam kereta aje, turun jap jumpa Shukrie.

Shukriepun ada juga, datang dengan adik li & ayah da.

24 Mei 2012

Kem Pemantapan Kendiri...


Hari ini sepatutnya ada khursus pemantapan diri di kem gemia, jadi dengan semangat berkobar - kobar, pergilah awal. tunggu punya tunggu, sampai pukul 2:30 pm, tempat tu masih lagi berkunci. Call urusetia, baru tahu tukar tempat. Mood dah tak ada, balik lagi bagus...

12 Mei 2012

Majils Makan - Makan Bersama Anak Yatim & Keluarga...

Balik ke Ukay Perdana pada hari Jumaat untuk majlis makan - makan santai bersama anak - anak yatim & seiisi keluarga pada hari Sabtu.  Kebetulan pula Atie, akan menghadiri khursus di Putrajaya pada hari Isnin sehingga Khamis. 



Thanks adik for the pictures, tak sempat upload gambar dari camera sendiri...

Balik ke Dungun pada hari Ahad dengan Che Dah & Ayah Da, kena tahan dengan polis trafik di LPT Kuantan kerana membawa kereta laju (140 km/j aje). Encik polis tengok lesen memandu, pastu nasihat supaya membawa kereta perlahan sedikit. Hehehe, first time kena tahan, cuak juak kalau kena saman, RM 300 tu...

5 Mei 2012

Bertolak Balik ke Dungun...

Pagi pagi selepas sarapan, pemandu bas membawa kami ke Penang Road untuk last minute shopping. Ramai yang ke Nasir Jeruk, anak Pak Ali Jeruk, yang terkenal di Pulau Pinang. Kemudian dibawa ke jetty, menaiki ferry ke tanah besar Malaya. Kemudian bertolak pulang ke Dungun, dan sampai pada pukul 3 pagi.

4 Mei 2012

Second Day @ Penang...

Pergi ke Penang International Airport, melawat menara kawalan DCA. Singgah sembahyang jumaat di Bukit Jambul sebelum pergi ke Exabytes Network Sdn. Bhd.



Selesai lawatan, pergi ke Queensbay Shopping Mall, sebelum pergi makan malam.

3 Mei 2012

First Day @ Penang...

Tempat lawatan pertama, Bukit Bendera atau Penang Hill. Menaiki keretapi baru ke puncak, yang hanya mengambil masa 10 minit dan mendengar taklimat dari pihak Penang Hill Corporation. Kemudian bertolak ke Batu Ferringi kerana pembatalan lawatan sebelah petang. Singgah sekejap di Kedai coklat yang mahal, dan kemudian ke Masjid Terapung Tanjung Bungah. Sampai di Batu Ferringgi, round sekejap pastu balik ke USM.
 
Kedai coklat...
Masjid Terapung Tanjung Bungah...
Bot nelayan bersebelahan dengan Masjid...

2 Mei 2012

Lawatan Sambil Belajar ke Pulau Pinang...

Diamanahkan menjadi pensyarah pengiring untuk lawatan sambil belajar student CS 224 (Business Computing) & CS 230 (Computer Science) ke Pulau Pinang dari 2/5 hingga 5/5.

Patut berkumpul dan bertolak pada pukul 10 pagi, namun bas yang disewa tidak sampai sehingga pukul 12 tengah hari.

Di tengah perjalanan, di Lebuhraya Gerik, pada tengah malam, tiba - tiba tayar belakang bas meletup. Driver bas terpaksa menunggu tukang tayar datang untuk membaiki tayar yang rosak itu. Sampai di Permatang Pauh pada waktu subuh, jadi mandi dan bersiap untuk lawatan pertama di masjid saja...


Tukang tayar tengah repair tayar di tengah malam, di tengah malam...