سبحان الله والحمدلله ولااله إلاالله والله أكبر

" If we are not prepared to work hard for ourselves, then we deserve to be left behind." ~ Tun Dr. Mahathir Mohamad...

Sabda Nabi S.A.W: "Umat akhir zaman akan ditimpa penyakit “wahan” yang menyebabkan Allah cabut kehebatan Islam dalam hati. " Apa itu "wahan"?" tanya sahabat. Jawab Baginda: “Cintakan dunia dan takut mati!”...

Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat Al-Quran dan melihat lautan." - (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah". - (Riwayat Abu Daud)...

"We choose to go to the moon. We choose to go to the moon in this decade and do the other things, not because they are easy, but because they are hard, because that goal will serve to organize and measure the best of our energies and skills, because that challenge is one that we are willing to accept, one we are unwilling to postpone, and one which we intend to win, and the others, too." ~ President John F. Kennedy, September 12, 1962



31 Ogos 2008

Merdeka, Merdeka, Merdeka & Salam Ramadhan...

Kami ingin mengucapkan selamat menyambut hari kebangsaan Malaysia yang ke 51. Semoga negara kita semakin maju dan makmur sentiasa. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menempuhi bulan Ramadhan tahun 1429H yang akan bermula hari Isnin ini (1/9/2008). Semoga segala amal kebajikan kita diterima dan sentiasa berada dibawah lindungan Allah s.w.t.

Semoga prestasi Ramadhan kita kali ini jauh lebih baik berbanding tahun lepas, insya Allah.

25 Ogos 2008

Pulut Lepa Lboro a.k.a. Pulut Panggang...

Hari ni sempena Bank Holiday Monday, kami cuba buat pulut panggang. Daun pisang pun ada lagi yang dibeli di Manchester hari itu. Best woo. Lama jugak tak makan pulut panggang ni. Bukan susahpun nak buat. Yang ni special so kalau nak tempah 5 batang £2 aje. Hehehe.

Pulut panggang yang telah siap dibungkus. Tunggu nak bakar aje.
Bakar atas dapur.

Bakar atas electric grill.Inilah hasilnya. Yummy...

24 Ogos 2008

Golf @ Enderby Golf Club...

Hari ni pergi main golf di Enderby Golf Club, Leicester. First time masuk padang. First nine hole serba tak menjadi. Lepas tu buat comeback for the last nine. Total shot 123. Got only one par. Others double bogey, bogey. Under tak ada langsung.

20 Ogos 2008

Roti canai sendiri buat sendiri makan...

Hari ni ntah kenapa tiba - tiba atie nak makan roti canai pulak. Tak pasal - pasal kena uli tepung macam kedai mamak Shah Maju Ukay Perdana. Ini sebab trial version kena buat roti kosong aje, nanti kalau dah power macam - macam boleh taruk dalam (baca kena geleng kepala sikit macam Samy Vellu). Cicah pulak dengan kari ikan kaw punya.

Uli jangan tak uli.
Tunggu nak kena goreng.
Chef tak tauliah posing sikitInilah hasilnya.

MOT Kereta Vauxhall...

Hari ni pergi ke JP Garage untuk MOT kereta yang akan tamat tempoh pada 24/8 ni. MOT ni macam pemeriksaan PUSPAKOM kat Malaysia, tapi wajib untuk kereta yang beusia lebih dari 3 tahun.MOT test saja dah kena £50. Fail 3. Suspension coil, break belakang dan juga lampu brake. Hari jumaat ni kena hantar balik ke garage untuk dibaiki dan re-test. Akhirnya selepas £225, kereta Vauxhall nipun lulus MOT. Rasa masa driving pun lain.

17 Ogos 2008

Mothercare Leicester...

Hari ni selepas pergi jalan - jalan di Quorn carboot, Atie nak pergi tengok kedai Mothercare di Leicester. So kami terus pergi kesana. Besar juga kedai disitu. Saja survey harga. Lepas itu, berdekatan ada kedai Toys R Us. Lama betul tak pergi ke Toys R Us. Saja jalan - jalan mengenali Leicester. Nasib baik ada sat nav, kalau tidak mau sesat.

16 Ogos 2008

Majlis Akikah Din & Atiah...

Hari ni seorang warga MML telah menjemput kami ke majlis akikah semperna kelahiran anak perempuan mereka. Majlis dimulakan dengan marharban dan terus bacaan doa kerana kesuntukan masa. Tahniah Din & Atiah.

9 Ogos 2008

Glory Glory Man United...


Hari ni, kami pergi ke Manchester pula dengan mengikuti rombongan pre-sessional course Atie. Setelah sekian lama bertanyakan bila nak pergi tengok Old Trafford, akhirnya hajat Atie tercapai jua. Tambang pergi balik hanya £5 seorang. Setibanya kami ke Manchester city centre, hujan mulai turun. Kami ronda - ronda bandar dulu sebelum menaiki tram Metrolink ke Old Trafford. Kami dah buat "museum and stadium tour" reservation pukul 12:40 pm. Jika tidak kena beratur dan first come first serve. Setibanya di Old Trafford, kami terus ke kaunter tiket untuk mengambil tiket tour tersebut. Banyak penerangan yang diberikan oleh tour guide kami. Kami juga dapat masuk ke bilik persalinan pemain yang baru siap renovation dan dibuka pada public pada pagi itu. So kami dapat tengok dimana Ryan Giggs, Ronaldo, Rio Ferdinand dan kesebelasan utama duduk sebelum perlawanan bermula. Selepas habis tour, kami pergi ke China Town dan membeli sayur segar yang susah nak cari di Lboro seperti sawi, daun pandan dan lengkuas. Pada pukul 6pm, bas bertolak balik ke Lboro.


Dalam Old Trafford sebelum tour bermula
Pandangan dari North Stand
Player's tunnelNext to the football pitch
Rehat sekejap (elak hujan) di Costa Coffee
Depan Chinese Arch - Chinatown
Metrolink Manchester
Peta Manchester City Centre
Have you seen anything like this?

7 Ogos 2008

Sambutan Ramadhan...

Hari ni kami dijemput ke majlis bacaan Yassin di rumah Awie & Lina. Ada sedikit usrah dari Ustaz Mazrul tentang Ramadhan untuk peringatan. Selepas itu kami ke rumah Muzani & Fara untuk menjamu selera. Atie bawa jeli buah untuk dessert.

5 Ogos 2008

Happy 8th Birthday Faiz!

Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to Faiz,
Happy birthday to you.

2 Ogos 2008

Cambridge Trip...

Hari ni, kami mengikuti trip ke Cambridge yang dianjurkan oleh pre - sessional course Atie. Tambang ke sana hanya £5 seorang pergi - balik menaiki bas. Perjalanan kesana mengambil masa 2 jam. Sampai di Cambridge, kami pergi ke Tourist Information Centre dan membayar £8.50 seorang untuk mengikuti Cambridge's Guided Tour. Tour ini mengambil masa 2 jam dan diberi penerangan mengenai sejarah penubuhan bandar dan juga universiti Cambridge. Kami juga dibawa masuk kedalam King's College Chapel. Selesai tour, kami pergi melawat Fitzwilliam Museum untuk menghabis waktu. Kami juga seronok melihat orang ber"punting" sepanjang Sungai Cam.

Depan Queen's College
Tengok orang ber"punting"
Depan main enterance King's CollegeBas yang kami naiki ke CambridgeAtie melihat keindahan Pembroke College - antara college yang tertua

Posing belakang kereta Bently Continental antikPandangan sisi King's College ChapelEast view King's College ChapelSebelum masuk ke King's College, dibelakang itu Queen's College

Depan King's College ChapelAccomodation untuk student King's college
Bergambar dengan penjaga pintu King's College