Hari ni start aktiviti baru warga MML iaitu liga table tennis. Ramai juga yang menyertai liga ni sampai penganjur kena buat 2 group. Sebab ramai sangat kena sambung minggu depan pula. Setakat ni Shah dah lawan 4 game, 2 menang, 2 kalah. Kalahpun dengan yang memang power.
Keputusan setakat 27/7/08:
Akram kalahkan Najib 21-12, 19-21, 21-11
Akram tewas kepada Azman 12-21, 12-21
Akram tewas kepada Mat Shah 16-21, 8-21
Akram kalahkan Zarrul 21-13, 13-21, 21-11
Keputusan 3/8/08:
Akram tewas kepada Azizi 5-21, 14-21
Akram tewas kepada Faiz 11-21, 18-21
Akram kalahkan Firdaus 21-8, 21-9
Keputusan 8/8/08
Akram tewas kepada Syazli 16-21, 15-21
Akram tewas kepada Amir 11-21, 12-21
28 Julai 2008
27 Julai 2008
Nasi Dagang Lufbra...
Hari ni ntah kenapa tiba - tiba Atie rasa nak makan nasi dagang. Nasib baik ada rempah nasi dagang yang mama tinggal hari tu. Best jugak sebab lama dah tak perkena. Jangan marah ahhh. Tapi proses nak siap tu punyalah lama. Nak kena kukus nasi tu dan tambah santan sedikit demi sedikit. Ikan tongkol tak ada, so makan dengan gulai ikan mackerel. Best wooo.
23 Julai 2008
Susu Anmum...
Hari ni bungkusan dari Malaysia sampai. Hanya ada 2 tin susu Anmum - satu chocolate, satu natural flavor. Oleh kerana kotak besar, mama isi penuh dengan Mee Goreng Segera Indomie. Ntah kenapa kali ni HM Customs, UK buat pemeriksaan, siap buka dan bungkus balik. Mungkin dia hairan selang seminggu ada aje bungkusan dari Malaysia. Atie mula - mula tak suka susu Anmum tu sebab tak biasa lagi dengan rasa dan selalu minum Milo aje. Sekarang dah ok dah.
21 Julai 2008
Midwife Appointment...
Hari ni appointment Atie yang ke 3 dengan midwife. Tak ada apa - apa cuma routine check up. Check darah - pressure & iron content - dengan dengan dengar jantung baby.
20 Julai 2008
Hari Keluarga MML 2008...
Hari ni telah diadakan sambutan Hari Keluarga MML edisi 2008 di Beacon Hill Lower, LE12 8SR. Walaupun hari sekejap hujan, lama panas, lepas tu hujan balik, boleh dikatakan HK08 kali ni agak meriah. Banyak aktiviti standard HK seperti sukaneka , gotong royong membakar BBQ dan juga majlis penyampaian hadiah (sukan dan cabutan bertuah). Banyak juga team Town & Tesco menang dalam acara sukan. Untuk cabutan bertuah, kami dapat sebuah kitchen scale. Lepas ni boleh masak cheesecake banyak - banyak.


Gambar beramai - ramai
15 Julai 2008
Ikan Perkasam Special...
Hari ni ikan perkasam yang kakak pos dah sampai. Ada 3 jenis, ikan lampam, keli dan talapia. Mesti best goreng pastu makan dengan nasi panas - panas. Thank you kakak, ni kira rezeki anak, tapi bapak yang melantak. Kira belanjalah ok? Hehehe.
10 Julai 2008
Is it a boy or a girl?
Hari ni pergi ke QMC, Nottingham untuk 2nd scan baby. Doctor kata semua ok. Tapi baby pemalu, doctor nak tengok dia tak kasi. Tutup kaki rapat - rapat. So surprise la, boy atau girl.
4 Julai 2008
Barangan Dari Malaysia...
Hari ni sampai bungkusan berisi ubat - ubatan , asam masin, Milo dan juga kaset mengaji untuk Atie. Thank you mama & papa.

Potong Rambut...
Hari ni Atie dapat "balas dendam" bila tiba giliran untuk potong rambut Shah pula. Potong habis, dah macam askar pulak. Hehehe. Ambil mesin rambut terus putong. Sebab rambut tebal sangat, tengah potong bateri boleh habis. So kena charge dulu, baru boleh sambung balik. 2 hari potong rambut. Rekod baru untuk "potong rambut paling lama". Hehehe.
3 Julai 2008
Good Luck Hafiz...
Hari ni start exam Hafiz di Queen Mary, University of London. Esok ada lagi satu paper. Lepas itu pada 7 & 8hb sebelum balik cuti summer di Malaysia. Good luck and all the best.