
27 September 2010
Apple Picking @ Goachers Fruit Farm, Retford, Notts...

26 September 2010
23 September 2010
21 September 2010
20 September 2010
13 September 2010
11 September 2010
Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Oleh itu pada kesempatan ini, kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca setia, pembaca yang kadang-kadang menyinggah, yang terserempak dengan blog ini dan kepada semua yang umat Islam di mana sahaja berada.
Semoga dengan kedatangan Aidilfitri kali ini memberi kegembiraan dan kesejahteraan kepada semua. Kami juga mengharapkan keberkatan Ramadhan yang telah ditempuhi menjadikan kita lebih dekat di sisi-Nya selalu.
Selamat hari raya, dengan ingatan tulus ikhlas, maaf zahir dan batin.
Akram, Atie, Puteri Balqis & Puteri Batrisyia. L'boro 2010/1431H...
30 Ogos 2010
10 Malam Terakhir...
Tinggal 10 hari lagi kita berada di dalam bulan Ramadhan.
Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus) ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dimalam - malam terakhir ini marilah kita memohon keampunan Allah s.w.t. Nabi s.a.w bersabda kepada Aisyah r.a :-
وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"
Doa yang diingini Allah s.w.t :-
Marilah kita perbanyakan amal ibadah agar kita dapat mencari malam Lailatul - Qadar...
Doa yang diingini Allah s.w.t :-
وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Ertinya : "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: ""Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" ( Al-Baqarah : 201 )Marilah kita perbanyakan amal ibadah agar kita dapat mencari malam Lailatul - Qadar...


