سبحان الله والحمدلله ولااله إلاالله والله أكبر

" If we are not prepared to work hard for ourselves, then we deserve to be left behind." ~ Tun Dr. Mahathir Mohamad...

Sabda Nabi S.A.W: "Umat akhir zaman akan ditimpa penyakit “wahan” yang menyebabkan Allah cabut kehebatan Islam dalam hati. " Apa itu "wahan"?" tanya sahabat. Jawab Baginda: “Cintakan dunia dan takut mati!”...

Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat Al-Quran dan melihat lautan." - (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah". - (Riwayat Abu Daud)...

"We choose to go to the moon. We choose to go to the moon in this decade and do the other things, not because they are easy, but because they are hard, because that goal will serve to organize and measure the best of our energies and skills, because that challenge is one that we are willing to accept, one we are unwilling to postpone, and one which we intend to win, and the others, too." ~ President John F. Kennedy, September 12, 1962



8 September 2008

Zakat Fitrah Online...

Tahun ini bayar zakat fitrah pada awal bulan ramadhan. Dulu time bujang selalu lewat. Nampak amil, buat tak tau saja, lepas tu dah dekat nak sembahyang raya baru terhegeh - hegeh nak bayar (walaupun sunat bayar time tu, kena beratur panjang sebab ramai lagi nak bayar jugak). Bayar zakat secara online melalui website Persatuan Masyarakat Melayu UK. Kadar £3 seorang. So transfer duit ke akaun diaorang sambil niat. Kalau baca majalah keluaran Lembaga Zakat Selangor - Asnaf (Lihat m/s 24) boleh aje bayar secara online. Sebab di Lboro ini rasanya tak ada amil yang duduk dekat shopping complex macam dekat Malaysia.

5 September 2008

Menu Berbuka Puasa 2008...

Senarai menu yang dimasak sepanjang bulan puasa, takut sesiapa yang tak ada idea nak masak apa boleh cuba...


1st day - Sup ekor, popia, cendol2nd day - Ikan & ayam percik
3rd day - Nasi ayam
4th day - Tumis sawi & ikan bakar & budu
5th day - Asam pedas ikan pari & tulang masak merah
6th day - Nasi goreng Thai, ayam goreng, kuih sekaya & pulut panggang
7th day - Gulai lemak ketam, mussels goreng berlada, bendi & terung goreng

8th day - Nasi beriyani & dalca daging

9th day - Tomyam campur, salmon lemon butter & salmon goreng garam kunyit
10th day - Nasi goreng kerabu & ayam goreng
11th day - Singgang tulang, sambal tumis ikan bilis dengan petai, bendi goreng
12th day - Kari ayam
13th day - Majlis berbuka puasa MML

14th day - Asam pedas & paru masak merah
15th day - Sayur lemak, mussel goreng berlada & ayam goreng
16th day - Nasi minyak & apam balik
17th day - Tumis sayur dengan sotong & ikan goreng
18th day - Tomyam ayam
19th day - Nasi beriyani & dalca tulang
20th day - Sizzling yee mee & popia basah21st day - Ayam percik, mussel bakar dengan serai dan bawang putih & kuih ketayap22nd day - Singgang tulang & kuih che mek molek23rd day - Mee goreng & ayam goreng KFC style
24th day - Singgang ikan kembong, ikan mackerel goreng garam kunyit, budu & mee bandung
25th day - Nasi goreng kerabu, ayam goreng & tomyam campur
26th day - Ayam percik pasar malam & tumis sayur
27th day - Gulai lemak ketam, mussels goreng berlada, ayam goreng kunyit, kuih che mek molek & strawberry trifle (Hafiz come for a visit for 2 days)

28th day - Singgang tulang

29th day - Daging masak merah, sayur petola masak lemak, ikan keli, paru dan pedal ayam goreng

*This year we only fast for 29 days, so Hari Raya falls on Tuesday, 30 September 2008*

3 September 2008

Happy 23rd Birthday Hafiz!

Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to Hafiz,
Happy birthday to you.

Moga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur & sentiasa berada dibawah lindungan Allah s.w.t.
p/s: Tour of Lboro tu kira bday present la.

2 September 2008

Boiler oh Boiler...

Today the hot water boiler went from bad to worst. It all started with a small drip and ended up with a massive leak. So we have to shut the boiler down and call our landlord to have a look at it. He then called the engineers to come but they broke their promise to come. Then they promised to come on Wednesday. They opened up the boiler and water was already in the unit. There was also a broken spring that needed to be replaced. They went back to order the spare part. They called back and said that the spring will be delivered on Monday. WHAT?? 5 days without hot water and heating?? But what we do? So we have to take shower the traditional way, fill up the water kettle and mixing the boiling water with ice cold water. So only one bucket per shower. Sigh :( . It's just one of those challenges being abroad and during fasting month.

1 September 2008

First day of Ramadhan...

Hari ni first day of Ramadhan dan Hafiz pula baru sampai ke Lboro selepas bercuti summer baru - baru ni. So kami masak sup ekor, ayam goreng, popia, cendol dan diiringi dengan air sirap ros. Penuh meja dengan lauk. Inipun kerana Hafiz ada, kalau tidak satu lauk saja dah cukup. Sebab terlalu asyik menghidang lauk - pauk, gambar pun tak sempat nak ambil. Esok la pulak kalau nak tengok kami berbuka puasa.

31 Ogos 2008

Merdeka, Merdeka, Merdeka & Salam Ramadhan...

Kami ingin mengucapkan selamat menyambut hari kebangsaan Malaysia yang ke 51. Semoga negara kita semakin maju dan makmur sentiasa. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menempuhi bulan Ramadhan tahun 1429H yang akan bermula hari Isnin ini (1/9/2008). Semoga segala amal kebajikan kita diterima dan sentiasa berada dibawah lindungan Allah s.w.t.

Semoga prestasi Ramadhan kita kali ini jauh lebih baik berbanding tahun lepas, insya Allah.

25 Ogos 2008

Pulut Lepa Lboro a.k.a. Pulut Panggang...

Hari ni sempena Bank Holiday Monday, kami cuba buat pulut panggang. Daun pisang pun ada lagi yang dibeli di Manchester hari itu. Best woo. Lama jugak tak makan pulut panggang ni. Bukan susahpun nak buat. Yang ni special so kalau nak tempah 5 batang £2 aje. Hehehe.

Pulut panggang yang telah siap dibungkus. Tunggu nak bakar aje.
Bakar atas dapur.

Bakar atas electric grill.Inilah hasilnya. Yummy...

24 Ogos 2008

Golf @ Enderby Golf Club...

Hari ni pergi main golf di Enderby Golf Club, Leicester. First time masuk padang. First nine hole serba tak menjadi. Lepas tu buat comeback for the last nine. Total shot 123. Got only one par. Others double bogey, bogey. Under tak ada langsung.

20 Ogos 2008

Roti canai sendiri buat sendiri makan...

Hari ni ntah kenapa tiba - tiba atie nak makan roti canai pulak. Tak pasal - pasal kena uli tepung macam kedai mamak Shah Maju Ukay Perdana. Ini sebab trial version kena buat roti kosong aje, nanti kalau dah power macam - macam boleh taruk dalam (baca kena geleng kepala sikit macam Samy Vellu). Cicah pulak dengan kari ikan kaw punya.

Uli jangan tak uli.
Tunggu nak kena goreng.
Chef tak tauliah posing sikitInilah hasilnya.