سبحان الله والحمدلله ولااله إلاالله والله أكبر

" If we are not prepared to work hard for ourselves, then we deserve to be left behind." ~ Tun Dr. Mahathir Mohamad...

Sabda Nabi S.A.W: "Umat akhir zaman akan ditimpa penyakit “wahan” yang menyebabkan Allah cabut kehebatan Islam dalam hati. " Apa itu "wahan"?" tanya sahabat. Jawab Baginda: “Cintakan dunia dan takut mati!”...

Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat Al-Quran dan melihat lautan." - (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah". - (Riwayat Abu Daud)...

"We choose to go to the moon. We choose to go to the moon in this decade and do the other things, not because they are easy, but because they are hard, because that goal will serve to organize and measure the best of our energies and skills, because that challenge is one that we are willing to accept, one we are unwilling to postpone, and one which we intend to win, and the others, too." ~ President John F. Kennedy, September 12, 1962



3 November 2016

I'M BACK...

Wahh, lama giler x update blog. Hehehe. Sibuk x tahu mende.

10 September 2013

25 Ogos 2013

23 Ogos 2013

Pantai Batu Buruk...

Atie menghadiri Konferen Tahun Melawat Terengganu di Permai Inn. Bawa budak - budak ke pantai. Takut nak jalan atas pasir - selipar kotor...

 Bahirah buka baju bukan nak mandi, protes Babah tinggal dia kat situ...


10 Julai 2013

Selamat Berpuasa 1434 Hijrah...

“Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, penghulu segala bulan. Maka ucaplah selamat datang kepadanya. Telah datang bulan puasa yang membawa segala bentuk keberkatan, maka alangkah mulianya tetamu yang datang ini." ( Riwayat At-Thabrani)

10 April 2013

Bengkel Sembelihan UiTM (Terengganu)...

Hari ini hadiri bengkel sembelihan di Kem Gemia UiTM. Dikendalikan oleh Ustaz Wan Anuar. Oleh kerana ayam putih tak tahan panas, kena buat praktikal sembelih dulu baru belajar teori. 2 ekor kambing juga disembelih...

 Mendengar taklimat
 Bismillah...
 Kena pegang pulak...

 Ustaz Wan Anuar...
 Sesi potong bawang nak masak sup kepala kambing...
Ustaz Rosmat sedang beri taklimat kepada para peserta...

25 Mac 2013

Hari Bertemu Pelanggan Unit ILQAM...


Pendaftar paling awal...
Tengok tarikh cuti...


15 Mac 2013

TOT I-Learn UiTM (Terengganu)...

 
Duduk hadapan: PM Dr. Mohd Noor, Tuan Tanah, En Hasrol

Alhamdulillah, selesai bengkel Train of Trainer i-Learn UiTM (Terengganu). Terima kasih kepada PM Dr. Mohd Noor dan En. Hasrol yang sudi singgah ke bumi Terengganu. Atas kesilapan teknikal, bengkel tersebut sepatutnya berlangsung pada 10/3. Oleh kerana petukaran tarikh pada saat akhir, maka tiada kereta UiTM dapat mengambil jurulatih dari hotel. Maka, hari Khamis, berangkat pulang ke KT, pagi Jumaat ke hotel mengambil mereka dan menghantar pulang ke airport sebelah petang.

1 Mac 2013

Majlis Akad Nikah Apiq...

Hari ni majlis akad nikah Apiq, anak Ayah Long nerlangsung di Masjid Kristal.

25 Februari 2013

Atie's China Trip...

For 5 days and 4 nights, Atie with others from MBKT went for a trip to Shenzen & Guanzhao. Left be behind with the girls. Stayed at Ukay Perdana...

8 Februari 2013

Latihan Sistem Pengurusan Korikulum Elektronik UiTM (SPeK), Shah Alam...

Was invited to attend Latihan Sistem Pengurusan Korikulum Elektronik UiTM (SPeK), Shah Alam from 7 - 8 February. Went there via Firefly, stay one night at Ukay Perdana then borrowed Papa's car to UiTM Shah Alam. After the workshop, drove back to KT for the CNY holiday...



22 Disember 2012

Retreat iLQAM at Duta Village, Kuantan...

Shortly arrived from Morib, went straight to Duta Village, Kuantan for planning and completing the paperwork for next year activities (20 - 22 Dec). ICT/e-Learning committee has listed out 18 courses due some complaint that their ICT training hours was not enough. By organizing all of these activities, hopefully, no more complaints after this...

19 Disember 2012

Certified Course for e-Learning Trainers (Level 1), Gold Coast Morib...

As the head of i-Learn, UiTM(Terengganu), I was invited for the e-Learning course at Gold Coast Morib, Banting, Selangor for 3 days (17 - 19 Dec). All representative from each campuses and faculty was also present. Went with Malaysia Airlines and returned with Firefly. Luckily Hafiz was still on leave, could drop and pick me up at the airport.

7 Disember 2012

Kenduri Kesyukuran Pertukaran...

Sempena petukaran tempat kerja bulan Disember ini, Hafiz ke HSNZ, Syakirah ke Klinik Kesihatan Hiliran dan Atie ke MPD satu kenduri kesyukuran telah diadakan di Ukay Perdana. Turut dimeriahkan dengan kehadiran anak - anak yatim dan ibu tunggal. Menu nasi beriyani & kambing bakar... 

Makan sate dulu
Tengok sini kakak Put nak tunjuk...

Makanlah buah - buahan tempatan untuk kesihatan...


5 Disember 2012

Kursus Kualiti MBKT di MS Garden, Kuantan...

Kursus terakhir Atie bersama MBKT kerana telah bertukar ke Majlis Pembandaran Dungun...

 Look at what can I do...

26 November 2012

My First Trafic Offence...

Balik dari KL tempohari, 16/9/2012 - Malaysia Day, siap pasang bendera lagi kat bumbung, tak sangka kena saman pulak. Bawak 13kmj lebih aje. Huhuhu. Rosak rekod bersih...



Tempat kejadian...

Tak pasal - pasal kena bayar saman RM150. Kalau  tak bayar nak minta rayuan boleh tak?

23 November 2012

Puasa 9 & 10 Muharram...

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (HR Bukhari)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (HR Muslim)

Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (HR Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a katanya, " Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (HR Muslim)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (HR Muslim)

Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla', disunatkan berpuasa tiga hari iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram. Tetapi tidak ditegah jika berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja.

21 November 2012

Penghulu Istighfar...


(Ya Allah, Engkaulah Tuhanku tiada Tuhan melainkan Engkau yang menjadikan aku dan akulah hambaMu dan aku sentiasa dalam genggaman (kuasa)Mu dan aku terikat dengan perjanjian denganMu semampuku. Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku kembalikan kepadaMu segala nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan aku kembali kepadaMu dengan dosaku, oleh kerana itu ampunilah aku, kerana tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau).

Nabi bersabda, "Sesiapa membacanya pada siang hari dengan penuh keyakinan lalu dia mati pada hari itu sebelum datang petang hari maka dia termasuk dari ahli syurga. Dan sesiapa membacanya pada malam hari dengan penuh keyakinan, lalu dia meninggal dunia sebelum pagi hari maka dia termasuk dari ahli syurga". (Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari)

2 November 2012

Kolokium Objective Based Education Di Langkawi...

Mewakili UiTM (Terengganu) ke kolokium OBE di Langkawi Seaview Hotel. Sampai saja di airport, terus sewa kereta Wira. RM 120 untuk 2 hari. Boleh pergi ronda pulau lagenda ini...


Mesti singgah, tapi harga dah mahal. Ada satu lagi, Idaman Suri, tapi pergi hari Jumaat tutup pulak...
Geleria Perdana. Tempat hadiah Tun Mahathir dikumpulkan...
Tiket RM5 aje, kamera RM 2...
Gambar Tun dihasilkan dengan teknik menebuk lubang pada kertas dan diletakan dihadapan kertas hitam....
Pergi ke Pantai Pasir Hitam. Tengok pasir terus blah. Dekat aje dengan Galeria Perdana...
  Ada juga DuckTours kat Langkawi. Ini sebelum menaiki cable car...

Tu nak naik ke puncak sana. Tiket RM15, kena tunjuk MyKad...
Pemandangan dari puncak...
Lepas naik cable car, perkena laksa dulu, kat belakang airport...
"Dilarang masuk, harap kerjasama. Thank you". Kedai minyak gamat Nusantara tepi jalan ke airport. Siap ada demo membuat minyak gamat...
Balik Terengganu naik Firefly. Penuh dengan pak arab gatal dok mengorat stewardess...